Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

PERANAN RELA

Peranan dan Fungsi RELA

  • Melaksanakan operasi menangkap PATI
  • Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah)
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf'
  • Bertindak sebagai 'Mata dan Telinga' Kerajaan
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
  • Membantu agensi--agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT
Menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Mulai 1 Februari 2005, RELA telah diberi kuasa di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 untuk memeriksa dan menangkap PATI.  Sejak 1 Mac 2005 sehingga 31 Disember  2009, seramai 111,852 PATI berjaya ditahan oleh RELA melalui operasi tegas yang dilaksanakan di seluruh negara.Selangor merupakan mencatatkan jumlah tangkapan yang tertinggi dengan seramai 43,052 orang, diikuti Perak dengan seramai 28,645 orang dan Kuala Lumpur dengan 24,361 PATI.. Setiap daerah dikehendaki menjalankan operasi empat (4) kali sebulan dan mensasarkan tangkapan yang lebih besar.
Tatacara Pengendalian Operasi (SOP)
  1. Setiap operasi RELA yang dikendalikan sentiasa berlandaskan kepada tatacara pengendalian operasi (SOP) dan arahan tetap Ketua Pengarah RELA. Sila klik di sini untuk dokumen SOP berkenaan.
  2. Pengendalian operasi berlandaskan kepada kuasa yang diberikan kepada RELA seperti yang termaktub di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat)    (Pindaan) 2005.
  3. Orang ramai yang mempunyai keraguan tentang tatacara pengendalian sesuatu operasi RELA boleh merujuk kepada mana-mana pejabat RELA yang berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat RELA atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut SOP.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP