Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Ikhlas daripada

PEGAWAI RELA DAERAH PETALING,
PEN. PEGAWAI RELA DAERAH PETALING,
KETUA PLATUN 0464,
DAN ANGGOTA-ANGGOTA RELA PLATUN 0464

Read more...

Thursday, August 20, 2009

GELOMBANG BARU RELA


RELA perlu mewujudkan satu gelombang baru bersesuaian dengan landskap politik dan pembangunan negara di samping memperkukuhkan konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, gelombang baru ini akan menjadikan RELA lebih dihargai, dirasai dan boleh memainkan dalam pelbagai aspek. Katanya, dalam menangani isu ragut, dadah, Ah Long dan Mat Rempit, peranan RELA perlu ditonjolkan supaya Kerajaan melihat peranan yang boleh dimainkan pasukan ini.

“ Kita tidak mahu lagi melihat RELA asyik mengejar PATI atau menjaga depot tahanan tetapi kita mahu melihat gelombang baru RELA di bawah kepimpinan saya hari ini,” katanya yang melawat Manek Urai baru-baru ini.

“ Ini masanya untuk RELA berubah dan di berada di tempat sewajarnya, RELA perlu berubah. RELA boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak Polis Inilah masa yang sesuai yang boleh dimainkan RELA untuk membantu, memantau dan membanteras kes-kes ragut ini agar ia dapat ditangani secara konsisten dan berkesan.” Ujarnya

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

RELA AKHIRI TUGAS KAWAL DEPOT

SEPANG – Depot Transit KLIA disini adalah depot terakhir yang dilawati dalam siri perjumpaan Ketua Pengarah RELA dengan anggota-anggota RELA yang bertugas di semua depot tahanan sementara Imigresen di seluruh negara sebelum bertugas mengawal keselamatan diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Imigresen mulai 1 Ogos lalu.RELA ditugaskan menjaga keselamatan di depot transit ini sejak Julai 2007 adalah depot pertama yang melibatkan RELA dalam penugasan baru itu.

Pembabitan anggota-anggota dari daerah Sepang dan Kuala Langat secara bergilir-gilir mengawal di depot ini memberi ilham kepada kerajaan untuk menugaskan RELA mengawal keselamatan di semua depot tahanan apabila pengurusan depot-depot diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada Jabatan Imgiresen oleh Jabatan Penjara mulai 15 Januari 2008 lalu.

Menurut Pengarah Pembangunan Pasukan RELA, Kamaruddin Mohd. Rapiq ketika berucap mewakili Ketua Pengarah RELA berkata, sumbangan anggota-anggota RELA amat dihargai walaupun pengambilalihan ini terpaksa dilakukan atas arahan kerajaan. Katanya, anggota-anggota RELA tidak kecewa dengan penamatan tugas ini dan berharap agar mereka terus bersama pasukan RELA dalam aktiviti-aktiviti lain.

Read more...

Monday, August 17, 2009

HARGAI PENGHORMATAN KERAJAAN

Anggota-anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diingatkan agar menghargai penghormatan dan kepercayaan kerajaan serta rakyat kepada mereka untuk membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan di negara ini.

Pembabitan anggota-anggota RELA dan JPAM yang membantu Polis di sebanyak 157 kawasan panas di empat negeri sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini dianggap sebagai satu pengiktirafan di atas komitmen serta kewibawaan anggota-anggota kedua-dua pasukan sukarela ini.

Ketua Pengarah RELA, Dato’ Zaidon Haji Asmuni berkata, tidak ada sebab yang kukuh seseorang anggota yang terlibat dalam program khas ini menarik diri melainkan atas sebab-sebab peribadi atau tidak mendapat kebenaran dari majikan masing-masing.

Beliau berkata demikian di sesi penerangan dan dialog bersama-sama peserta yang terpilih mengikuti kursus asas kepolisan di Pusat Latihan JPAM (ALPA) di sini selama dua minggu mulai akhir Julai lalu. Hadir sama, Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Haji Abd. Halim Hamid dan pegawai-pegawai dari Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, anggota-anggota RELA dan JPAM diingatkan agar mengikuti kursus ini dengan jayanya kerana ia membantu mereka dalam seluk belok penugasan yang akan dilaksanakan pertengahan Ogos nanti. Katanya, aspek elaun kursus, elaun penugasan serta keperluan-keperluan lain akan diuruskan oleh kedua-dua Jabatan terlibat.

Mereka juga diingatkan agar menjaga nama baik pasukan masing-masing dan sentiasa mempamerkan imej baik pasukan polis kerana semua petugas akan memakai pakaian seragam pihak penguat kuasa ini.

Kejayaan atau kegagalan program khas ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen serta kerjasama semua pihak tanpa mengira jabatan yang diwakili mereka.
”Semangat kerjasama dan penuh tanggungjawab sentiasa dituntut supaya setiap tugas yang dilakukan akan memberikan impak yang baik,”.

RELA dan JPAM akan menyediakan lebih ramai anggota masing-masing sebagai persediaan untuk pengambilan seterusnya bagi memenuhi keperluan memantau kesemua kawasan panas yang dikenal pasti itu.

Read more...

Monday, August 10, 2009

CARTA ORGANISASI RELA DALAM KAWASAN IPD SHAH ALAM

Untuk melihat carta ini, sila klik disini.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

PROFESIONALISME TARIK MINAT BELIA INDIA

Tahap profesionalisme dan ketegasan displin yang diterapkan dalam pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah menarik minat seorang remaja India dari Kuala Langat, Selangor menyertai pasukan sukarelawan keselamatan itu.R. Deventhiran, 18, yang baru dua bulan bergelar anggota Rela itu tidak menyangka agensi keselamatan itu mempunyai banyak kelebihan dan dianggap pasukan terbaik berbanding agensi keselamatan lain seperti polis dan bomba. Deventhiran diumumkan sebagai pelatih terbaik jasmani bagi Kursus Platun Bantuan Khas Rela (PBKR) Siri 1/2009 yang berlangsung selama 10 harii Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang di sini, Selasa lalu.

''Sebelum sertai Rela, saya juga pernah menyertai pasukan sukarelawan polis dan tentera namun tidak sehebat dengan pasukan Rela. ''Ini kerana saya banyak mempelajari tentang aspek profesionalisme dan dislipin berpasukan," katanya pada majlis Penutup Kursus PBKR oleh Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni di sini hari ini.

Read more...

TAMBAHAN POLIS PVR DI KAWASAN PANAS

Sebahagian anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diserap sebagai polis sukarela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan-kawasan panas di seluruh negara. Langkah itu merupakan antara tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) susulan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 254 anggota dua agensi itu dipilih sebagai kumpulan pertama pasukan polis sukarela yang akan mula bertugas pada 16 Ogos ini. Katanya, kumpulan pertama itu akan menjalani latihan di Pusat Latihan JPAM di Bangi dekat sini.

''Penambahan keanggotaan pasukan polis sukarela ini bergantung kepada jumlah kawasan panas dan bilangan anggota polis yang ada di situ. Katanya, kementerian menggalakkan orang ramai menyertai Rela sekiranya mereka berminat untuk dipilih sebagai polis sukarela.

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

ANGGOTA RELA TANAH MERAH MAUT

Seorang anggota Relawati Daerah Tanah Merah maut setelah motosikalnya terlanggar seekor anjing di Kilometer 3.5 Jalan Tanah Merah-Gual Ipoh, Kampung Batu Hitam. Mangsa yang menganggotai Rela sejak lima tahun lalu menunggang dari arah depot tahanan Imigresen dekat sini. Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak kerana tidak dapat mengawal motosikal akibat jalan gelap.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA.

Read more...

Saturday, July 11, 2009

TAHNIAH DATO SRI

UCAPAN SETINGGI-TINGGI
TAHNIAH

Kepada

YAB DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Sempena

100 HARI SEBAGAI PERDANA MENTERI

pada

11 JULAI 209 BERSAMAAN 18 REJAB 1430H

Daripada

PEGAWAI DAN ANGGOTA RELA
DAERAH PETALING

Read more...

Sunday, July 5, 2009

MESYUARAT BULANAN PLATUN 0464







Mesyuarat ini telah diadakan pada hari sabtu 4 Julai 2009 dan bermula pada jam 9.00 Malam. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Platun. Antara agenda yang dimesyuaratkan ialah berkaitan disiplin rupa diri, disiplin perlakuan, aktiviti, hal-hal platun dan hal-hal yang berkaitan.

Read more...

Friday, June 26, 2009

KDN KAJI SEMULA 33 AKTA KESELAMATAN


Sebanyak 33 akta lama berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam yang digubal lebih 50 tahun lalu akan dikaji dan dibuat pindaan. Ia melibatkan antara lain Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang digubal pada 1960, Akta Kediaman Terhad (1933), Akta Pencegahan Jenayah (1959), Akta Bahan Letupan (1957), Benda-benda Kakisan, Akta Letupan dan Senjata Untuk Menyerang (1958). Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (1959), Akta Perniagaan Secondhand (1946), Akta Keadilan Jenayah (1953), dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-orang yang Tidak Diingini (1960).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, langkah tersebut bagi memastikan peruntukan dalam kesemua akta itu kekal relevan serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Beliau berkata, kebanyakan akta berkenaan digubal semasa darurat bagi menangani ancaman komunis, tragedi 13 Mei dan konfrontasi yang dilihat tidak lagi sesuai dengan tuntutan semasa.

"Hari ini keadaan mungkin sudah berubah tetapi ancaman terhadap negara masih tetap wujud, kini tiada lagi ancaman komunis bagaimanapun muncul pula ancaman pengganas dan militan yang memerlukan pindaan tertentu terpaksa dilakukan. "Saya rasa rakyat tidak boleh marah kepada kerajaan malah mereka akan menuntut bagi memastikan akta-akta ini kekal relevan dengan tuntutan semasa," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Read more...

Wednesday, June 24, 2009


Anggota platun 0464 sedang beraksi semasa Ujian Kemahiran Menembak Rela Daerah Petaling yang diadakan sebelum ini.
( Gambar : En. Effendy )

Read more...

Monday, June 22, 2009

PATI LOLOS DEPOT TAHANAN

Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terdiri daripada warga Myanmar dan Nepal bertindak nekad meloloskan diri daripada Depot Tahanan Imigresen di Semenyih, dekat sini awal pagi ini. Tiga daripada mereka bagaimanapun berjaya ditahan semula tidak lama kemudian di lokasi berhampiran sebaik sahaja operasi memburu pendatang asing itu dilancarkan. Kejadian itu hanya disedari pengawal depot tahanan tersebut pada pukul 2.30 petang ketika mengira jumlah tahanan yang berada dalam pusat itu. Difahamkan, kesemua suspek meloloskan diri melalui pagar pusat yang telah dipecahkan mereka. Polis percaya ia satu perbuatan terancang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood ketika dihubungi di sini petang ini mengesahkan kejadian tersebut. Menurut beliau, gerakan menjejaki lapan lagi suspek giat dijalankan. ''Polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bergabung tenaga untuk memburu mereka. Kita yakin dapat tahan mereka semula,'' katanya.

Read more...

Sunday, June 14, 2009

17 WARGA IRAQ DISELUDUP KELUAR DITAHAN

Sebanyak 17 warganegara Iraq yang cuba diseludup keluar dari negara ini ditahan di perairan Pulau Angsa di sini petang ini. Kesemua lelaki berusia 22 hingga 57 tahun itu ditahan dalam sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia kira-kira 1.30 petang ini. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata, turut ditahan dalam bot itu ialah empat warga Indonesia termasuk dua wanita dan seorang bayi lelaki, seorang tekong serta dua awak-awak.

Beliau berkata, ketika ditahan, kesemua warga asing itu baru dua jam belayar dari sebuah pelabuhan di Kapar, Klang. "Kami percaya kesemua warga Iraq yang ditahan itu menjadikan negara ini sebagai transit sebelum ke Indonesia menaiki bot secara haram dan kemudian menuju ke Australia. "Empat warga Indonesia itu pula yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) hanya menumpang bot untuk ke Tanjung Balai," katanya kepada pemberita di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pulau Indah di sini malam ini.

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

TINGKATKAN PENGUATKUASAAN DI PERAIRAN SASARAN PATI

Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada kawasan perairan yang sering menjadi sasaran pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI). Tindakan ini secara tidak langsung mampu mengekang kemasukan mereka sama ada dalam kelompok kecil atau secara beramai-ramai. Profesor Pengajian Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, strategi itu secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah tersebut.

"Jangan bagi alasan perairan kita besar tidak boleh jaga. Pihak tentera laut dan maritim perlu melipat gandakan usaha. Kawasan perairan kegemaran pendaratan PATI perlu diberi kawalan yang lebih. "Apabila mereka tahu kawalan kita ketat pastinya mereka juga takut untuk mencuba nasib datang ke sini secara haram," katanya ketika dihubungi. Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin yang mengakui kawasan perairan negara mudah dibolosi PATI.

Bagi Pensyarah Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr. Fatimah Daud, kerajaan perlu memberi kuasa kepada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk turut serta membanteras masalah tersebut.
"Kerajaan berilah kebenaran dan kuasa kepada Rela untuk bekerjasama dengan pihak maritim untuk menjaga perairan laut. Ini juga secara tidak langsung bantu pihak Maritim yang kekurangan kakitangan," katanya.

Read more...

RONDAAN CEGAH JENAYAH

Pada 7 Jun, jam 8 malam hingga 1 pagi, seramai 4 anggota RELA Petaling termasuk seorang pegawai telah terlibat dalam rondaan cegah jenayah bersama anggota polis balai seksyen 6, shah alam. Rondaan ini dijalankan di sekitar seksyen 5,6,7,8,9 secara bermotor.

Gambar : Pegawai bertugas, Tuan Amirnordin (kanan) berehat sebentar setelah melakukan rondaan.

Read more...

Saturday, June 6, 2009

BERBAKTI UNTUK MASYARAKAT

Pada 6 jun, 2 orang anggota 0464 telah dihantar ke seksyen 17, shah alam untuk menjalankan kawalan lalu lintas dalam kawasan perumahan. Kawalan ini adalah untuk mengawal aliran trafik kenderaan yang menghadiri majlis perkahwinan anak kepada bekas anggota RELA petaling.

Gambar : Koperal (RELA) Kamaruddin Othman sedang mengawal lalu lintas.

Read more...

Friday, June 5, 2009




SEMBAH TAKZIM DARIPADA




SELURUH ANGGOTA

IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA PLATUN 0464
DAERAH PETALING

Read more...

PERCEPAT KEMASUKAN ANGGOTA

Pegawai dan kakitangan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) diminta mempercepatkan permohonan kemasukan ahli baru agar sasaran 2.5 juta ahlinya pada 2012 dapat dicapai seperti yang dirancang. Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni berkata, pada masa ini anggota Rela di seluruh negara berjumlah 556,000 orang. "Kita berharap jumlah itu akan bertambah menerusi pelbagai program untuk menarik orang ramai menyertai pasukan Rela," katanya.

Dalam pada itu Zaidon memberitahu, peranan Rela kini semakin mencabar dan diiktiraf apabila diberi kepercayaan bukan sahaja untuk membantu pihak berkuasa menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi juga membantu mengawal keselamatan negara. Sehubungan itu, anggota Rela diingatkan supaya menjaga nama baik pasukan dengan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan diri.

Read more...

Thursday, June 4, 2009

RELA SASAR 2.5 JUTA ANGGOTA 2012

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menyasarkan keanggotaannya sehingga 2.5 juta orang pada akhir tahun 2012 dengan membabitkan penyertaan golongan belia dan bekas pelajar sekolah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Rela turut mengambil inisiatif meningkatkan keanggotaan bukan bumiputera terutamanya kaum Cina dan India. Menurutnya, pengambilan anggota secara besar-besaran itu bagi menjadikan Rela sebuah pasukan sukarelawan unggul dan bertaraf antarabangsa.

"Ketika ini bilangan anggota Rela di seluruh negara ialah 556,286 dan ia akan digandakan lima kali menjadikannya 2.5 juta orang dalam masa tiga tahun lagi," katanya pada Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama Rakyat anjuran Rela di Padang Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan nisbah, 62.5 peratus daripada anggota Rela terdiri daripada kaum Melayu, 15.3 peratus Cina dan hanya 4.7 peratus India. "Bilangan anggota Cina dan India perlu ditambah bagi mengimbangi nisbah sedia ada," katanya. Beliau berkata, peranan dan tanggungjawab agensi Kementerian Dalam Negeri termasuk Rela kini begitu mencabar sehingga perlu diperkukuhkan lagi.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP