Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Tuesday, December 13, 2011

PEMBUKAAN KAUNTER BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Bermula 13 Disember hingga 15 Disember 2011, platun 0464 akan membuka kaunter untuk pendaftaran bantuan rakyat 1malaysia bertempat di bilik gerakan rela platun 0464 di seksyen 27 shah alam. Semua yang layak adalah dijemput hadir. Masa pembukaan kaunter adalah pada jam 12 tengahari hingga 10 malam.

Read more...

Thursday, December 1, 2011

DAFTAR TUGASAN

Kepada semua anggota platun. Mulai disember 2011 semua tugasan kawalan atau apa-apa aktiviti yang disertai atau dijalankan hendaklah didaftarkan kepada koperal tadbir atau timbalan ketua platun. Sebarang tugas dan aktiviti yang tidak didaftarkan adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku pihak pentadbiran platun tidak akan bertanggungjawab.

Sekian terima kasih.

Read more...

Monday, November 28, 2011

PENGGUNAAN SISTEM PANGKALAN DATA

Untuk makluman semua anggota platun 0464 akan menggunakan sistem pangkalan data secara atas talian (on-line) maka dengan ini pihak pentadbiran akan membuat pengemaskinian maklumat-maklumat anggota. Kepada anggota yang tidak aktif, sekiranya anda mahu aktif bolehlah menghubungi pihak pentadbiran untuk mengemaskini maklumat anda.

Read more...

ANGGOTA RELA PATAHKAN CUBAAN MENCURI

Anggota rela platun 0464, Koperal Aswan Kamarudin (gambar) telah mematahkan cubaan mencuri di 7Eleven seksyen 27 shah alam. Anggota tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugas dan singgah di kedai tersebut sebelum beliau nampak seorang lelaki yang sedang melakukan perbuatan mencuri. Beliau telah menahan pencuri tersebut walaupun berlaku sedikit pergelutan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Tahniah dan kepada anggota tersebut kerana di usia muda beliau berani berhadapan dengan risiko.

Read more...

Tuesday, November 15, 2011

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGGUNA

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah melayari laman kami. Untuk makluman anda setakat ini sejak kami mula mengaktifkan semula laman ini pada Oktober lepas, pihak kami telah menerima pelbagai panggilan daripada pengguna yang inginkan pelbagai maklumat terutamanya berkaitan keahlian dan perkhidmatan anggota Rela. Kami juga ada menerima e-mel iaitu aduan berkaitan masalah-masalah setempat dan masalah lain tetapi tidak semua dapat kami bantu kerana masalah tersebut berada diluar bidang kuasa kami. Pihak kami juga ingin memohon maaf sekiranya berlaku salah maklumat atau ada perkara-perkara yang tidak dapat kami bantu. Terima kasih diatas sokongan anda dan kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda sepanjang masa.

Read more...

TERBARU MENGENAI PASUKAN RELA

1. Kenyataan media bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berhubung pemantauan aktiviti penyeludupan minyak diesel dan minyak petrol RON 95 bersubsidi. Sila klik di sini untuk baca.

2. Kenyataan akhbar bertajuk Akta Baru Perkasakan RELA dan JPAM. Sila klik sini untuk baca.

3. Penempatan anggota RELA kurangkan seludup petrol subsidi. Sila klik sini untuk baca.

4. 16'500 Anggota RELA bantu mangsa banjir. Sila klik sini untuk baca.


TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN RELA. TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN KERANA MEMPERKASAKAN PASUKAN KAMI!!

"SETIA BERBAKTI"

Read more...

Thursday, November 10, 2011

GEMA RELA TERBARU

BERGEMA LAUNGAN SETIA BERBAKTI
BERIKRAR DEMI PERTIWI
ITULAH SEMANGAT KAMI
SUKARELAWAN SEJATI

SETIAP MASA KAMI SEDIA
BERBAKTI UNTUK NEGARA
BERKHIDMAT SEIKLAS HATI
MENJADI IKRAR ABADI

PASTIKAN KESELAMATAN
BERKORBAN DEMI KEAMANAN
SEJAHTERAKAN NEGARA
KEHARMONIAN MALAYSIA

BANGKITLAH SEMUA WARGA RELA
PERTAHAN WARISAN NEGARA
BERSAMA KITA BERBAKTI
RELAWAN DAN RELAWATI

Read more...

Thursday, November 3, 2011

PENGAMBILAN ANGGOTA BARU

Peluang anda untuk berkhidmat kepada negara, bangsa dan tanah air!!

Kepada anda yang ingin menjadi anggota bolehlah menghubungi kami di talian 012-3282477. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah :-

Syarat Am

1. Umur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki.
2. Warganegara Malaysia.
3. Sihat tubuh badan.

Syarat Tambahan

1. Berminat dan tanpa apa-apa paksaan atau lain-lain.
2. Boleh bergerak aktif. ( Bermaksud tidaklah dipaksa untuk setiap masa bergerak aktif hanya jika ada kelapangan tapi bukanlah tidak bergerak langsung ).
3. Berada dalam daerah Petaling ( Lebih digalakkan ).
4. Belia lebih digalakkan. ( Kerjasama bersama Kelab Rakan Muda dan Kelab Belia Shah Alam).
5. Tidak mempunyai rekod jenayah berat.

Anda perlulah menyediakan dua keping gambar, satu salinan kad pengenalan dan mengisi borang dan boleh hantar ke alamat bilik gerakan kami atau boleh berjumpa secara terus (lebih digalakkan). Untuk borang sila klik di sini.

Read more...

Tuesday, October 4, 2011

PERMOHONAN KHIDMAT ANGGOTA RELA

Kepada anda yang memerlukan khidmat anggota RELA, bolehlah menghubungi di talian 012-3282477 atau anda boleh menggunakan e-Khidmat atau anda boleh membuat satu surat rasmi permohonan (lebih digalakkan) dan emelkan kepada rela0464@gmail.com dan pihak kami akan menguruskan permohonan anda secepat mungkin.

Info : Pihak kami hanya menerima permohonan bagi penugasan dalam kawasan Daerah Petaling sahaja (Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong dan lain-lain). Bagi luar kawasan, pihak kami hanya boleh memberi maklumat untuk dihubungi sahaja. Harap Maklum.

Terima kasih.

Read more...

MAKLUMAN PENGAKTIFAN SEMULA LAMAN BLOG

Salam 1Malaysia kepada semua pengunjung laman ini. Sukacita ingin kami maklumkan bahawa pihak kami akan mengaktifkan semula laman blog ini kerana telah mendapat maklumbalas daripada ramai pihak yang inginkan laman ini kembali "hidup" seperti sebelum ini. Dengan ini pihak kami ingin memohon maaf diatas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pihak anda.

Untuk pengetahuan anda, untuk perkhidmatan e-aduan, pihak kami menerima pelbagai aduan dari pelbagai pihak dan dalam masa yang sama perkhidmatan tersebut juga digunakan sebagai platform untuk membuat permohonan menggunakan khidmat anggota RELA. Maka dengan ini anda bolehlah menggunakan e-khidmat sebagai fungsi untuk membuat permohonan, pertanyaan dan aduan.

Sekian terima kasih.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP