Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Saturday, June 5, 2010

DAULAT TUANKU


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Al-Whatiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni
Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah


SEMBAH IKHLAS DAN TAAT SETIA DARIPADA

Pegawai RELA Daerah Petaling,
Penolong Pegawai RELA Daerah Petaling
Ketua Perhubungan RELA Mukim Damansara,
Pegawai-Pegawai RELA Daerah Petaling,

dan Seluruh Warga RELA Daerah Petaling

Read more...

Thursday, June 3, 2010

KURSUS PENGENALAN RELA SIRI 2/2010

Kursus Pengenalan RELA Daerah Petaling Siri 2/2010 anjuran RELA Platun 0464 dan Kelab Rakan Muda Parlimen Kota Raja akan dijalankan pada 6 Jun 2010 (Ahad) bermula dari jam 8.00pagi hingga 6.00petang bertempat di SK Taman Sri Muda 2, Shah Alam.

(gambar hiasan)

Read more...

Monday, May 24, 2010

PENGHANTARAN BORANG PENDAFTARAN KURSUS

Kepada semua anggota-anggota RELA Daerah Petaling, diigatkan bahawa borang pendaftaran kursus pengenalan perlulah dihantar sebelum 30 Jun ini. Sila lengkapkan borang tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah. Sebarang penghantaran selepas dari tarikh tersebut tidak akan dilayan dan hanya akan diberi pertimbangan dahulu.

Read more...

Monday, May 17, 2010

MERAFAK SEMBAH TAHNIAH

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN TUANKU RAJA PERLIS

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail


IKHLAS DARIPADA

Seluruh Pegawai dan Anggota RELA Daerah Petaling
Selangor Darul Ehsan

Read more...

Sunday, May 16, 2010

MESYUARAT KHAS PLATUN

Telah dijalankan pada 16 Mei 2010 bertempat di Dewan Blok 36 pada jam 4 petang. Agenda mesyuarat ialah membincangkan mengenai Kursus Pengenalan RELA dan mengenai hal-hal platun. Mesyuarat ini juga dijalankan bersama Sukarelawan Kelab Rakan Muda Parlimen Kota Raja yang juga merupakan penganjur utama kursus ini.

Read more...

Monday, May 10, 2010

MAKLUMAN KEGUNAAN E-ADUAN

Untuk makluman, e-Aduan yang disediakan dalam laman ini hanya untuk masyarakat yang berhampiran dengan kami untuk menyalurkan sebarang maklumat atau sekiranya mahu membuat sebarang aduan. Pihak kami bukan "POLIS" atau "SPRM". Walauapapun, pihak kami akan cuba menyalurkan sebarang aduan atau maklumat anda. Harap maklum.

Terima kasih.

Read more...

Wednesday, March 24, 2010

SELAMAT HARI PDRM


Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun hari PDRM yang ke 203 pada 25 Mac 2010. Terima kasih kepada semua anggota PDRM diatas pengorbanan anda dalam menjaga keselamatan negara. Ikhlas daripada RELA 0464.

Read more...

Thursday, March 18, 2010

PENGUNAAN BUKU LAPORAN

Mulai 14 Mac 2010, penggunaan buku laporan bagi setiap tugasan dan aktiviti yang melibatkan anggota platun adalah WAJIB. Buku tersebut akan diletakkan di bilik gerakan. Gambar dibawah adalah merupakan contoh bagi laporan tersebut. Klik untuk besarkan.

Read more...

Wednesday, March 17, 2010

KAWALAN LALU LINTAS KEDIAMAN AHLI KORPORAT

Tugasan ini dijalankan pada 14 Mac 2010 bertempat di seksyen 9. Tugasan ini meliputi penyusunan parkir kereta dan kenjaga keselamatan kereta kerana kawasan tersebut adalah sunyi walaupun merupakan kawasan yang padat dengan perumahan. Pelbagai orang kenamaan yang hadir termasuk Adinda kepada Sultan Selangor.


(Setelah habis bertugas pada jam 11 malam)

Read more...

Thursday, March 4, 2010

MESYUARAT BULANAN PLATUN

Mesyuarat bulanan platun akan diadakan pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di bilik gerakan. Kehadiran anda amatlah diharapkan dan dihargai. Agenda mesyuarat akan disampaikan pada hari tersebut.

Read more...

Tuesday, March 2, 2010

MERAFAK SEMBAH TAHNIAH


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA

Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim

DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI

Tunku Temenggong Johor

SEMBAH IKHLAS DARIPADA

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

Read more...

Wednesday, February 24, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Ikhlas Daripada

Pegawai Rela Daerah
Penolong Pegawai Rela Daerah
Ketua Perhubungan Rela Mukim
Ketua Platun 0464
dan Seluruh Warga Platun 0464

Read more...

Tuesday, February 23, 2010

HATI-HATI AMBIL PEKERJA ASING

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta lebih berhati-hati dalam meluluskan permohonan kemasukan pekerja asing terutama bagi perkhidmatan spa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) menegaskan, ini bagi mengelakkan pihak tertentu menyalahgunakan kelulusan kemasukan pekerja asing tersebut.

"Kita meminta supaya kementerian yang diberikan kuasa menimbang dan meluluskan pekerja asing harus lebih hati-hati supaya ia tidak disalah gunakan pihak tertentu. "Sebagai contohnya bagi perkhidmatan spa, kita dapat maklumat sebahagian daripada mereka tidak bekerja di spa tetapi bekerja di tepi-tepi jalan sebagai tukang urut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKK-PATI) di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, pekerja asing tersebut didapati telah melanggar syarat kelulusan kemasukan di negara ini dan tindakan akan diambil ke atas mereka.

Beliau berkata, kerajaan juga mahu sektor yang menggambarkan ciri Malaysia seperti pelancongan mematuhi keputusan yang dibuat sebelum ini iaitu hanya mengambil pekerja tempatan bagi perkhidmatan barisan hadapan.

"Bagaimanapun, kita lihat sebahagian hotel menggunakan pekerja asing untuk perkhidmatan barisan hadapan. "Kita patut berikan kepada orang tempatan supaya mereka dapat menunjukkan adat resam kita sebagai daya tarikan, kalau pekerja asing ada yang tidak faham bahasa kita," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga mahu KDN membuat kajian tentang kos sebenar yang perlu dikeluarkan oleh majikan dan kerajaan bagi pengambilan pekerja asing. Katanya, kos tersebut antaranya membabitkan pembayaran levi, rawatan di hospital kerajaan dan minyak bersubsidi dibeli oleh pendatang asing.

"Buat satu anggaran apakah kos sebenar dan kos yang patut ditanggung majikan bagi mengambil pekerja asing berbanding jika ambil pekerja tempatan," jelasnya.

Read more...

PENDAPAT ANGGOTA RELA

Ramai tanya elaun itu,elaun ni.. bila lambat ramai yang merengut. adakah masuk rela hanya untuk keistimewaan yang ditawarkan atau untuk berbakti pada negara? apa guna slogan SETIA BERBAKTI? saya baru berkhidmat dalam pasukan ini pada tahun 2007 (umur 16tahun) tapi apa yang saya nampak ialah masyarakat masuk pasukan ini hanya untuk keistimewaan yang ditawarkan,bukan untuk berbakti.kenapa kerajaan mahu kekuatan anggota rela mencecah 2.5juta orang? kita mahukan kualiti,bukan kuantiti. kebanyakan anggota aktif,tapi bla dapat uniform terus hilang.saya harap kita dapat bincangkan isu ini.

Sumber : Anggota RELA dari Facebook

Read more...

Wednesday, February 10, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA KAUM CINA DI MALAYSIA

Ikhlas Daripada

Ketua Platun dan Anggota-Anggota
Platun 0464

Read more...

Wednesday, February 3, 2010

MESYUARAT BULANAN PLATUN

Perhatian kepada semua anggota platun 0464, mesyuarat bulanan platun akan diadakan pada 6 Februari ini di bilik gerakan. Mesyuarat dijangka bermula pada jam 9.00 malam. Kehadiran anda amatlah diharapkan. Agenda utama ialah sesi perkenalan bersama anggota baru dan lain-lain agenda.

Read more...

Monday, January 25, 2010

CARTA ORGANISASI RELA DAERAH


( Klik untuk besar )

Read more...

UNTUK MAKLUMAN

Salam kepada semua pengunjung. Mulai tahun 2010, laman ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Pihak kami ingin memohon maaf kerana laman ini tidak dikemaskini pada tahun lepas.

Harap maklum.

Read more...

Sunday, January 24, 2010

SEMBAH TAKZIAH KEPADA

DULI YANG MAHA MULIA
SULTANAH ZANARIAH BINTI ALMARHUM TUNKU AHMAD
SULTANAH JOHOR

Serta Kerabat Diraja, Kerajaan Negeri dan Seluruh Rakyat
Negeri Johor

Diatas Kemangkatan
ALMARHUM DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL

Semoga Roh Baginda Dicucuri Rahmat


Klik sini untuk membaca salasilah kehidupan baginda

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP