Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Thursday, June 4, 2009

RELA SASAR 2.5 JUTA ANGGOTA 2012

Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menyasarkan keanggotaannya sehingga 2.5 juta orang pada akhir tahun 2012 dengan membabitkan penyertaan golongan belia dan bekas pelajar sekolah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Rela turut mengambil inisiatif meningkatkan keanggotaan bukan bumiputera terutamanya kaum Cina dan India. Menurutnya, pengambilan anggota secara besar-besaran itu bagi menjadikan Rela sebuah pasukan sukarelawan unggul dan bertaraf antarabangsa.

"Ketika ini bilangan anggota Rela di seluruh negara ialah 556,286 dan ia akan digandakan lima kali menjadikannya 2.5 juta orang dalam masa tiga tahun lagi," katanya pada Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama Rakyat anjuran Rela di Padang Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan nisbah, 62.5 peratus daripada anggota Rela terdiri daripada kaum Melayu, 15.3 peratus Cina dan hanya 4.7 peratus India. "Bilangan anggota Cina dan India perlu ditambah bagi mengimbangi nisbah sedia ada," katanya. Beliau berkata, peranan dan tanggungjawab agensi Kementerian Dalam Negeri termasuk Rela kini begitu mencabar sehingga perlu diperkukuhkan lagi.

0 komen:

Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP