Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Sunday, June 14, 2009

17 WARGA IRAQ DISELUDUP KELUAR DITAHAN

Sebanyak 17 warganegara Iraq yang cuba diseludup keluar dari negara ini ditahan di perairan Pulau Angsa di sini petang ini. Kesemua lelaki berusia 22 hingga 57 tahun itu ditahan dalam sebuah bot yang dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, Sumatera, Indonesia kira-kira 1.30 petang ini. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata, turut ditahan dalam bot itu ialah empat warga Indonesia termasuk dua wanita dan seorang bayi lelaki, seorang tekong serta dua awak-awak.

Beliau berkata, ketika ditahan, kesemua warga asing itu baru dua jam belayar dari sebuah pelabuhan di Kapar, Klang. "Kami percaya kesemua warga Iraq yang ditahan itu menjadikan negara ini sebagai transit sebelum ke Indonesia menaiki bot secara haram dan kemudian menuju ke Australia. "Empat warga Indonesia itu pula yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) hanya menumpang bot untuk ke Tanjung Balai," katanya kepada pemberita di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pulau Indah di sini malam ini.

0 komen:

Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP