TAMBAHAN POLIS PVR DI KAWASAN PANAS
Sebahagian anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diserap sebagai polis sukarela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan-kawasan panas di seluruh negara. Langkah itu merupakan antara tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) susulan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 254 anggota dua agensi itu dipilih sebagai kumpulan pertama pasukan polis sukarela yang akan mula bertugas pada 16 Ogos ini. Katanya, kumpulan pertama itu akan menjalani latihan di Pusat Latihan JPAM di Bangi dekat sini.
''Penambahan keanggotaan pasukan polis sukarela ini bergantung kepada jumlah kawasan panas dan bilangan anggota polis yang ada di situ. Katanya, kementerian menggalakkan orang ramai menyertai Rela sekiranya mereka berminat untuk dipilih sebagai polis sukarela.
0 komen:
Post a Comment