Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Monday, August 17, 2009

HARGAI PENGHORMATAN KERAJAAN

Anggota-anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diingatkan agar menghargai penghormatan dan kepercayaan kerajaan serta rakyat kepada mereka untuk membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan di negara ini.

Pembabitan anggota-anggota RELA dan JPAM yang membantu Polis di sebanyak 157 kawasan panas di empat negeri sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini dianggap sebagai satu pengiktirafan di atas komitmen serta kewibawaan anggota-anggota kedua-dua pasukan sukarela ini.

Ketua Pengarah RELA, Dato’ Zaidon Haji Asmuni berkata, tidak ada sebab yang kukuh seseorang anggota yang terlibat dalam program khas ini menarik diri melainkan atas sebab-sebab peribadi atau tidak mendapat kebenaran dari majikan masing-masing.

Beliau berkata demikian di sesi penerangan dan dialog bersama-sama peserta yang terpilih mengikuti kursus asas kepolisan di Pusat Latihan JPAM (ALPA) di sini selama dua minggu mulai akhir Julai lalu. Hadir sama, Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Haji Abd. Halim Hamid dan pegawai-pegawai dari Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, anggota-anggota RELA dan JPAM diingatkan agar mengikuti kursus ini dengan jayanya kerana ia membantu mereka dalam seluk belok penugasan yang akan dilaksanakan pertengahan Ogos nanti. Katanya, aspek elaun kursus, elaun penugasan serta keperluan-keperluan lain akan diuruskan oleh kedua-dua Jabatan terlibat.

Mereka juga diingatkan agar menjaga nama baik pasukan masing-masing dan sentiasa mempamerkan imej baik pasukan polis kerana semua petugas akan memakai pakaian seragam pihak penguat kuasa ini.

Kejayaan atau kegagalan program khas ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen serta kerjasama semua pihak tanpa mengira jabatan yang diwakili mereka.
”Semangat kerjasama dan penuh tanggungjawab sentiasa dituntut supaya setiap tugas yang dilakukan akan memberikan impak yang baik,”.

RELA dan JPAM akan menyediakan lebih ramai anggota masing-masing sebagai persediaan untuk pengambilan seterusnya bagi memenuhi keperluan memantau kesemua kawasan panas yang dikenal pasti itu.

0 komen:

Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP