Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Ikhlas daripada

PEGAWAI RELA DAERAH PETALING,
PEN. PEGAWAI RELA DAERAH PETALING,
KETUA PLATUN 0464,
DAN ANGGOTA-ANGGOTA RELA PLATUN 0464

Read more...

Thursday, August 20, 2009

GELOMBANG BARU RELA


RELA perlu mewujudkan satu gelombang baru bersesuaian dengan landskap politik dan pembangunan negara di samping memperkukuhkan konsep 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, gelombang baru ini akan menjadikan RELA lebih dihargai, dirasai dan boleh memainkan dalam pelbagai aspek. Katanya, dalam menangani isu ragut, dadah, Ah Long dan Mat Rempit, peranan RELA perlu ditonjolkan supaya Kerajaan melihat peranan yang boleh dimainkan pasukan ini.

“ Kita tidak mahu lagi melihat RELA asyik mengejar PATI atau menjaga depot tahanan tetapi kita mahu melihat gelombang baru RELA di bawah kepimpinan saya hari ini,” katanya yang melawat Manek Urai baru-baru ini.

“ Ini masanya untuk RELA berubah dan di berada di tempat sewajarnya, RELA perlu berubah. RELA boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak Polis Inilah masa yang sesuai yang boleh dimainkan RELA untuk membantu, memantau dan membanteras kes-kes ragut ini agar ia dapat ditangani secara konsisten dan berkesan.” Ujarnya

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

RELA AKHIRI TUGAS KAWAL DEPOT

SEPANG – Depot Transit KLIA disini adalah depot terakhir yang dilawati dalam siri perjumpaan Ketua Pengarah RELA dengan anggota-anggota RELA yang bertugas di semua depot tahanan sementara Imigresen di seluruh negara sebelum bertugas mengawal keselamatan diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Imigresen mulai 1 Ogos lalu.RELA ditugaskan menjaga keselamatan di depot transit ini sejak Julai 2007 adalah depot pertama yang melibatkan RELA dalam penugasan baru itu.

Pembabitan anggota-anggota dari daerah Sepang dan Kuala Langat secara bergilir-gilir mengawal di depot ini memberi ilham kepada kerajaan untuk menugaskan RELA mengawal keselamatan di semua depot tahanan apabila pengurusan depot-depot diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada Jabatan Imgiresen oleh Jabatan Penjara mulai 15 Januari 2008 lalu.

Menurut Pengarah Pembangunan Pasukan RELA, Kamaruddin Mohd. Rapiq ketika berucap mewakili Ketua Pengarah RELA berkata, sumbangan anggota-anggota RELA amat dihargai walaupun pengambilalihan ini terpaksa dilakukan atas arahan kerajaan. Katanya, anggota-anggota RELA tidak kecewa dengan penamatan tugas ini dan berharap agar mereka terus bersama pasukan RELA dalam aktiviti-aktiviti lain.

Read more...

Monday, August 17, 2009

HARGAI PENGHORMATAN KERAJAAN

Anggota-anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diingatkan agar menghargai penghormatan dan kepercayaan kerajaan serta rakyat kepada mereka untuk membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan di negara ini.

Pembabitan anggota-anggota RELA dan JPAM yang membantu Polis di sebanyak 157 kawasan panas di empat negeri sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini dianggap sebagai satu pengiktirafan di atas komitmen serta kewibawaan anggota-anggota kedua-dua pasukan sukarela ini.

Ketua Pengarah RELA, Dato’ Zaidon Haji Asmuni berkata, tidak ada sebab yang kukuh seseorang anggota yang terlibat dalam program khas ini menarik diri melainkan atas sebab-sebab peribadi atau tidak mendapat kebenaran dari majikan masing-masing.

Beliau berkata demikian di sesi penerangan dan dialog bersama-sama peserta yang terpilih mengikuti kursus asas kepolisan di Pusat Latihan JPAM (ALPA) di sini selama dua minggu mulai akhir Julai lalu. Hadir sama, Ketua Pengarah JPAM, Dato’ Haji Abd. Halim Hamid dan pegawai-pegawai dari Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurutnya, anggota-anggota RELA dan JPAM diingatkan agar mengikuti kursus ini dengan jayanya kerana ia membantu mereka dalam seluk belok penugasan yang akan dilaksanakan pertengahan Ogos nanti. Katanya, aspek elaun kursus, elaun penugasan serta keperluan-keperluan lain akan diuruskan oleh kedua-dua Jabatan terlibat.

Mereka juga diingatkan agar menjaga nama baik pasukan masing-masing dan sentiasa mempamerkan imej baik pasukan polis kerana semua petugas akan memakai pakaian seragam pihak penguat kuasa ini.

Kejayaan atau kegagalan program khas ini bergantung sepenuhnya kepada komitmen serta kerjasama semua pihak tanpa mengira jabatan yang diwakili mereka.
”Semangat kerjasama dan penuh tanggungjawab sentiasa dituntut supaya setiap tugas yang dilakukan akan memberikan impak yang baik,”.

RELA dan JPAM akan menyediakan lebih ramai anggota masing-masing sebagai persediaan untuk pengambilan seterusnya bagi memenuhi keperluan memantau kesemua kawasan panas yang dikenal pasti itu.

Read more...

Monday, August 10, 2009

CARTA ORGANISASI RELA DALAM KAWASAN IPD SHAH ALAM

Untuk melihat carta ini, sila klik disini.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

PROFESIONALISME TARIK MINAT BELIA INDIA

Tahap profesionalisme dan ketegasan displin yang diterapkan dalam pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah menarik minat seorang remaja India dari Kuala Langat, Selangor menyertai pasukan sukarelawan keselamatan itu.R. Deventhiran, 18, yang baru dua bulan bergelar anggota Rela itu tidak menyangka agensi keselamatan itu mempunyai banyak kelebihan dan dianggap pasukan terbaik berbanding agensi keselamatan lain seperti polis dan bomba. Deventhiran diumumkan sebagai pelatih terbaik jasmani bagi Kursus Platun Bantuan Khas Rela (PBKR) Siri 1/2009 yang berlangsung selama 10 harii Pusat Latihan Rela Wilayah Selatan, Sungai Udang di sini, Selasa lalu.

''Sebelum sertai Rela, saya juga pernah menyertai pasukan sukarelawan polis dan tentera namun tidak sehebat dengan pasukan Rela. ''Ini kerana saya banyak mempelajari tentang aspek profesionalisme dan dislipin berpasukan," katanya pada majlis Penutup Kursus PBKR oleh Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni di sini hari ini.

Read more...

TAMBAHAN POLIS PVR DI KAWASAN PANAS

Sebahagian anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diserap sebagai polis sukarela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan-kawasan panas di seluruh negara. Langkah itu merupakan antara tindakan pantas Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) susulan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 254 anggota dua agensi itu dipilih sebagai kumpulan pertama pasukan polis sukarela yang akan mula bertugas pada 16 Ogos ini. Katanya, kumpulan pertama itu akan menjalani latihan di Pusat Latihan JPAM di Bangi dekat sini.

''Penambahan keanggotaan pasukan polis sukarela ini bergantung kepada jumlah kawasan panas dan bilangan anggota polis yang ada di situ. Katanya, kementerian menggalakkan orang ramai menyertai Rela sekiranya mereka berminat untuk dipilih sebagai polis sukarela.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP