Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Wednesday, November 11, 2015

Perlu Sukarelawan Bagi Bantu Esscom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, khidmat pasukan sukarelawan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sangat diperlukan untuk membantu melicinkan urusan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom).

Beliau berkata, keselamatan negara bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan melalui pasukan keselamatan, tetapi ia memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk rakyat dan pasukan sukarelawan.

"Saya menggalakkan agar masyarakat di Esszone menyertai anggota sukarelawan dalam apa sahaja agensi, khususnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Kita tahu JPAM terbabit dengan kebajikan ... dan boleh bersama membantu Esscom dalam perkara yang ditentukan kelak," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa pulau di sekitar Lahad Datu dan Semporna, dekat sini, hari ini.

Shahidan berkata beliau turut meminta anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah berkenaan untuk mengalakkan masyarakat setempat agar turut serta dalam usaha menjaga keselamatan di kawasan masing-masing.

"Keselamatan negara akan terjamin kalau rakyat menyertai bersama," katanya.

Mengulas mengenai lawatan kerjanya itu, Shahidan berkata ia bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan aset-aset yang dimiliki oleh Esscom.

"Saya cukup berpuas hati dengan pelbagai cara dan inisitif pemilikan aset yang dibuat oleh Esscom untuk memantapkan tagi tahap keselamatan di pantai timur Sabah. Mereka telah mendapatkan aset yang jauh lebih murah dan cepat. Ia sangat luar biasa kerana ia dapat menjimatkan bajet yang diperuntukkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Shahidan sekali mengingatkan agar pengusaha pusat peranginan di Esszone agar mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Esscom.

"Apa yang kita lihat kebanyakan pengusaha pusat peranginan telah mematuhi arahan yang dikeluarkan Esscom. Namun ada lagi satu atau dua pengusaha resort yang tidak memberi kerjasama disebabkan hal-hal tertentu.

"Contohnya kita minta ada pasukan keselamatan mengiringi pelancong yang melakukan aktiviti menyelam. Tetapi ada pengusaha yang tidak memberikan kerjasama. Pengusaha seperti itu tidak sepatutnya bersama kita di dalam Esszone...jika terjadi apa-apa akhirnya mereka (pengusaha) akan lepas tangan dan Esscom pula yang dipersalahkan," tegas beliau. - Bernama


** Admin : Walaupun Pasukan RELA tidak  disebut, tetapi ingin dinyatakan bahawa pasukan ini sentiasa bersedia dalam membantu pihak keselamatan dalam mempertahankan negara yang tercinta. Setia Berbakti!

Read more...

Wednesday, October 28, 2015

Rela Sedia Gerak Anggota Bantu KPDNKK - Ketua Pengarah

Rela sedia menggerakkan 3.6 juta anggotanya bagi membantu membanteras segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan secara tidak terkawal.

Ketua Pengarahnya, Kamariah Mohd. Noah berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekali gus dapat mengiktiraf keupayaan Rela.

“Saya sangat terharu apabila anggota Rela diberi kepercayaan oleh pihak kementerian untuk sama-sama turun padang bagi membasmi aktiviti penipuan yang dilakukan oleh segelintir peniaga.

“Walau bagaimanapun, pihak kami tidak dapat memberitahu secara terperinci berkenaan kerjasama tersebut sehingga mesyuarat diadakan oleh semua pihak yang terlibat terutamanya KPDNKK,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Rela akan membantu pegawai penguat kuasa KPDNKK dalam melakukan pemantauan dan operasi kawalan harga bagi memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan berkesan dan menyeluruh.

Tambah Kamariah, anggota Rela sedia berkhidmat dan tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan secara menyeluruh bersama Rela dalam tempoh terdekat.

“Mesyuarat akan tertumpu kepada penurunan kuasa yang melibatkan akta-akta KPDNKK. Hal ini bagi memastikan anggota Rela dapat memahami konsep Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011, penandaan harga barangan, produk tiruan dan sebagainya.

Mengulas lanjut katanya, isu elaun juga akan dibincangkan selain mengetahui kaedah sesuai membabitkan aspek pembayaran.

Langkah kerajaan menggerakkan 3.6 juta ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan pemantauan harga barangan disifatkan tepat pada masanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan kehadiran ramai ahli Rela dalam kerja pemantauan, aktiviti menaikkan harga barang diharap dapat dibendung secara menyeluruh.

“Anggota Rela perlu melakukan pemantauan setiap hari supaya dapat menggerunkan peniaga yang sering mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Mereka juga perlu menghadiri kursus asas untuk kerja pemantauan yang lebih berkesan supaya dapat mengetahui apa yang perlu dipantau,” katanya.

Read more...

Wednesday, September 23, 2015

Rela, Pasukan Multi Tugas

KEBUN BAHARU - Anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) diingat menjaga nama baik pasukan apabila masyarakat terus mempercayai tugas dan tanggungjawab anggota berkenaan.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau melihat pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menjaga kebajikan anggota Rela.

Menurutnya, ini termasuklah saguhati perlindungan kemalangan berkelompok Rela yang mana waris berhak menerimanya.

“Saya lihat penyertaan ahli Rela semakin bertambah dengan adanya pelbagai insentif,” katanya yang turut menyampaikan Saguhati Perlindungan Kemalangan Berkelompok Rela kepada waris salah seorang anggota Rela, Samirah Sarbi di Batu 9, Kebun Baharu.

Sulaiman berkata, jumlah keahlian yang ramai dalam satu pertubuhan merupakan aset membuktikan mereka bersatu.

Katanya, pada hari ini juga pelbagai aktiviti turut melibatkan anggota Rela dalam usaha menjaga keselamatan aktiviti.

“Paling tak pun dalam majlis yang memerlukan tugas menjaga lalu lintas, perkhidmatan Rela sangat diperlukan.

“Bagi saya Rela merupakan satu badan uniform yang mempunyai kepelbagaian tugas dan kerana itulah masyarakat kini lebih percaya tugas dan senang berurusan dengan mereka,” katanya.

Sulaiman turut mencadangkan supaya semua ahli dapat mengikuti program Rela dan yang mana ahli yang tidak aktif tidak perlu diperbaharui keahliannya.

Katanya, langkah itu perlu bagi menjamin sebuah pasukan yang aktif dan bukannya hanya gah dilihat sebagai ahli Rela semata-mata.

Sebelum ini, Sulaiman sering bertemu anggota Rela yang aktif untuk memberi sokongan dalam mewujudkan satu pasukan bantuan yang aktif.

Katanya beliau mengakui kebanyakan ahli Rela menonjolkan semangat kerjasama ketika menjalankan tugas terutama apabila ia melibatkan komuniti setempat.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP