Info : Hampir 90 Peratus Minyak Masak Kitar Semula
KUALA LUMPUR -- Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran
dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah
digunakan.
Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan
memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan
pengguna.
Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan
minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan
satu industri yang besar.
Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket.
Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan
segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak
baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM
melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa
kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan
minyak masak kitar semula.
Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal dan
ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar
semula," katanya.
Menurut Nadzim, status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.
Sehubungan itu, katanya, pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti tersebut.
Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport minyak
masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn.
Bhd., Jaafar Abdullah memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak
masak terpakai melanggar undang-undang dan peraturan MPOB.
Katanya, lesen yang dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan
penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan
produk biofuel.
Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak
masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan
komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan
hati," katanya.
Sumber : Utusan Online
0 komen:
Post a Comment