Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Saturday, March 9, 2013

Belia Dipelawa Serti RELA

GELANG PATAH – Rela negeri mempelawa belia berusia 18 hingga 25 tahun untuk memberi perkhidmatan dalam pasukan sukarela itu yang juga sinonim sebagai barisan ketiga pertahanan negara.

Pengarahnya, Zaini Jamari, berkata, penyertaan daripada golongan muda ini sama ada yang telah bekerja atau penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) amat digalakkan memandangkan faktor kecergasan yang dimiliki.

Menurutnya, setakat ini, jumlah sukarelawan Rela di negeri ini seramai 164,840 anggota, bagaimanapun ia didominasi golongan berusia 30 hingga 40 tahun ke atas berbanding di kalangan belia.

“Setiap hari seramai 892 anggota Rela ditugaskan untuk mengawal di beberapa lokasi khususnya di kawasan sasaran penting termasuk bangunan kerajaan, sekolah, Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) selain 46 stesen minyak sekitar Johor Bahru, Kulaijaya dan Kota Tinggi.

“Selain tugasan harian, anggota juga sentiasa bersiap sedia untuk menghulurkan dalam situasi tertentu seperti bencana alam dan sebagainya. Walaupun lebih sinonim sebagai barisan ketiga pertahanan, kita amat dekat dengan peringkat akar umbi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, anggota Rela berperanan menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan sekiranya berlaku kejadian seperti bencana alam, justeru khidmat golongan muda dalam pasukan sukarela sepertinya amat diperlukan.

Katanya, anggota Rela yang ditugaskan untuk berada di lebih 70 sekolah di seluruh negeri ini sejak tahun lalu, selain bertujuan memantau keselamatan pelajar, ia juga  juga turut membantu mengatasi masalah ponteng sekolah.

Zaini berkata, dengan adanya pelbagai faedah yang disediakan kerajaan khusus untuk anggota sukarela terbabit termasuk elaun dan insurans, menjadi salah satu faktor pembabitan kaum lain seperti Cina, India dan Orang Asli dalam pasukan Rela.

“Kita berasa gembira apabila jumlah penyertaan daripada kaum lain begitu menggalakkan, setakat ini jumlah anggota Rela bagi kaum Cina ialah 21,126 anggota, India mencatatkan penyertaan seramai 7,447 manakala pembabitan Orang Asli adalah lebih 1,000 anggota.

Read more...

Friday, March 1, 2013

Anggota RELA Digesa Bina Keyakinan Diri

Pegawai Rela Daerah, Jasma Khamis (kiri) menerima sijil penyertaan daripada Adham (dua, kanan) pada program berkenan, baru-baru ini.

BANDAR TENGGARA – Anggota Pasukan Relawan Malaysia (Rela) disarankan mempunyai integriti tinggi bagi membina keyakinan dan kepercayaan terhadap pasukan itu di mata masyarakat.

Adun Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, dunia tanpa sempadan dilihat sebagai cabaran yang perlu dihadapi anggota Rela.

Menurutnya, anggota rela perlu mewujudkan satu pasukan yang cekap, penuh berwibawa dan dapat memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Malah seiring perkembangan itu, anggota Rela perlu melengkapkan diri untuk menjadi satu pasukan keselamatan bertaraf global dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan tugas.

“Maklumat dan ilmu pengetahuan perlu didedahkan mengikut trend terkini supaya mereka dapat menjalankan tugas selari dengan keperluan masyarakat,” katanya ketika menutup rasmi Program Kursus Mesra Pasukan Relawan  Malaysia Peringkat Mukim Ulu Sungai Johor di Kawasan Lapang Jambatan Sungai Sayong, baru-baru ini.

Adham berkata, anggota Rela perlu menentukan peningkatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

“Anggota Rela perlu mengubahsuaikan diri mereka dalam menjalankan tugas ini mengikut peraturan yang ditetapkan dan mengiktiraf hak asasi manusia,” katanya.

Terdahulunya, seramai 208 anggota daripada 21 platun Rela menyertai kursus dua hari yang turut disertai Pegawai Rela Daerah, Jasma Khamis dan Pengerusi Rela Mukim Ulu Sungai Johor, Asmawi Surib.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian Tenggara, Datin Salasiah Idris dan pengerusi penganjur, Mohamed Ameran Sohiran.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP