Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Wednesday, September 23, 2015

Rela, Pasukan Multi Tugas

KEBUN BAHARU - Anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) diingat menjaga nama baik pasukan apabila masyarakat terus mempercayai tugas dan tanggungjawab anggota berkenaan.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar Parlimen Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, beliau melihat pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menjaga kebajikan anggota Rela.

Menurutnya, ini termasuklah saguhati perlindungan kemalangan berkelompok Rela yang mana waris berhak menerimanya.

“Saya lihat penyertaan ahli Rela semakin bertambah dengan adanya pelbagai insentif,” katanya yang turut menyampaikan Saguhati Perlindungan Kemalangan Berkelompok Rela kepada waris salah seorang anggota Rela, Samirah Sarbi di Batu 9, Kebun Baharu.

Sulaiman berkata, jumlah keahlian yang ramai dalam satu pertubuhan merupakan aset membuktikan mereka bersatu.

Katanya, pada hari ini juga pelbagai aktiviti turut melibatkan anggota Rela dalam usaha menjaga keselamatan aktiviti.

“Paling tak pun dalam majlis yang memerlukan tugas menjaga lalu lintas, perkhidmatan Rela sangat diperlukan.

“Bagi saya Rela merupakan satu badan uniform yang mempunyai kepelbagaian tugas dan kerana itulah masyarakat kini lebih percaya tugas dan senang berurusan dengan mereka,” katanya.

Sulaiman turut mencadangkan supaya semua ahli dapat mengikuti program Rela dan yang mana ahli yang tidak aktif tidak perlu diperbaharui keahliannya.

Katanya, langkah itu perlu bagi menjamin sebuah pasukan yang aktif dan bukannya hanya gah dilihat sebagai ahli Rela semata-mata.

Sebelum ini, Sulaiman sering bertemu anggota Rela yang aktif untuk memberi sokongan dalam mewujudkan satu pasukan bantuan yang aktif.

Katanya beliau mengakui kebanyakan ahli Rela menonjolkan semangat kerjasama ketika menjalankan tugas terutama apabila ia melibatkan komuniti setempat.

Read more...

Tuesday, September 1, 2015

CMT RELA Daerah Petaling Bantu Lancarkan Keselamatan Jalan Raya



Tembok penghadang roboh semasa hujan lebat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 30 Ogos yang lalu. Terima kasih kepada anggota kerana membantu. Tabik kepada semua!
Posted by RELA Malaysia on Monday, August 31, 2015

Read more...

Sunday, August 23, 2015

Rela, JPAM Akan Digabung Bawah Unit Pengurusan Bencana Negara

PASIR MAS - Kerajaan akan menubuhkan sebuah formasi baharu yang akan menggabungkan dua agensi kesukarelawanan bagi menangani bencana di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata sehubungan itu perkara penubuhan sebuah unit khusus yang dikenali sebagai Unit Pengurusan Bencana Negara akan dibentang pada mesyuarat kabinet pada Rabu ini yang akan menggabungkan kepakaran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Bagaimanapun unit ini tidak akan mengambil alih peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN), cuma ia membantu di peringkat lapisan keempat terutama di kawasan kampung.

"Kita akan menubuhkan beberapa unit kecil Jpam di kawasan-kawasan kampung di seluruh negara dan mensasarkan kira-kira dua juta keanggotaan berbanding 800,000 keanggotaan pada masa kini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shahidan berkata kerajaan kini giat untuk menambah pelbagai aset yang bersesuaian untuk menangani bencana terutama berkaitan banjir.

"Melalui penubuhan unit-unit kecil Jpam ini, kita akan bekalkan setiap kampung dengan bot-bot serta gergaji rantai bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk terutama ketika banjir dan unit ini akan bertindak sebagai barisan hadapan apabila berlaku bencana di kawasan mereka," katanya. - Bernama

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP