Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Monday, February 27, 2012

MAKLUMAT PERANCANGAN PROGRAM TERDEKAT

Salam 1Malaysia.

Untuk makluman pihak platun akan melaksanakan latihan hutan anjuran Skuad Muda RELA, Kelab Rakan Muda Kota Raja bersama RELA Platun 0464, Seksyen 27 Shah Alam. Latihan ini dikhususkan kepada anggota RELA yang berumur dari 16 tahun hingga 25 tahun sahaja. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota berkaitan survival di hutan, pertolongan cemas, kesukarelaan, kawad kaki dan lain-lain. Sehubungan dengan itu pihak kami juga membuka permohonan menjadi anggota kepada belia remaja yang berumur 16 tahun hingga 25 tahun sebagai anggota Skuad Muda Rela. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami.

Read more...

Wednesday, February 15, 2012

PERMINTAAN RESIT PEMBAYARAN

Salam 1Malaysia.

Perhatian kepada semua pelanggan yang menggunakan khidmat anggota rela dari platun kami, sekiranya anda memerlukan resit semasa membuat bayaran kepada kami, sila maklumkan lebih awal agar mudah untuk kami menguruskanya.

Harap maklum.

Read more...

Friday, January 13, 2012

PROGRAM TERDEKAT

1. Perasmian Pusat Latihan Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan pada 27 Januari 2012 bertempat di Pusat Latihan Simulasi Menembak, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan akan terlibat mengadakan persembahan senaman perang dan kawad seni kreatif RELA. Pasukan RELA juga akan membuat kawalan kerhormatan untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri ke majlis tersebut. Untuk pengetahuan seorang anggota dari platun 0464, Encik Muhd Naim telah menjalani latihan kejurulatihan sebagai jurulatih pusat tersebut baru-baru ini.

2. Perhimpunan perdana RELA bersama Perdana Menteri sempena sambutan ulangtahun RELA ke-40 pada 28 Januari 2012 bertempat di MAEPS Serdang.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP