Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Friday, January 13, 2012

PROGRAM TERDEKAT

1. Perasmian Pusat Latihan Simulasi Menembak Kementerian Belia dan Sukan pada 27 Januari 2012 bertempat di Pusat Latihan Simulasi Menembak, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan akan terlibat mengadakan persembahan senaman perang dan kawad seni kreatif RELA. Pasukan RELA juga akan membuat kawalan kerhormatan untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri ke majlis tersebut. Untuk pengetahuan seorang anggota dari platun 0464, Encik Muhd Naim telah menjalani latihan kejurulatihan sebagai jurulatih pusat tersebut baru-baru ini.

2. Perhimpunan perdana RELA bersama Perdana Menteri sempena sambutan ulangtahun RELA ke-40 pada 28 Januari 2012 bertempat di MAEPS Serdang.

Read more...

Wednesday, January 11, 2012

HARI RELA KE-40

Platun 0464, Daerah Petaling, Selangor mengucapkan selamat menyambut hari rela yang ke 40 kepada semua pegawai dan anggota RELA di seluruh Malaysia. Semoga di tahun baru ini pasukan RELA akan lebih maju dan mantap dalam menjalankan tanggungjawabnya. Untuk perutusan Ketua Pengarah RELA Malaysia, anda bole klik di sini.

Read more...

Wednesday, January 4, 2012

PERMOHONAN BANTUAN ANGGOTA RELA BAGI LUAR KAWASAN SELANGOR

Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tidak dapat memenuhi sebarang permohonan yang melibatkan tugasan di luar kawasan negeri selangor. Tetapi bagi kawasan Kuala Lumpur pihak kami boleh mempertimbangkan permohonan anda atau pihak kami akan menyalurkan permohonan anda kepada RELA Wilayah Persekutuan.

Harap Maklum.

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP