SALAM MAULIDUR RASUL
Pegawai Rela Daerah
Penolong Pegawai Rela Daerah
Ketua Perhubungan Rela Mukim
Ketua Platun 0464
dan Seluruh Warga Platun 0464
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta lebih berhati-hati dalam meluluskan permohonan kemasukan pekerja asing terutama bagi perkhidmatan spa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) menegaskan, ini bagi mengelakkan pihak tertentu menyalahgunakan kelulusan kemasukan pekerja asing tersebut.
"Kita meminta supaya kementerian yang diberikan kuasa menimbang dan meluluskan pekerja asing harus lebih hati-hati supaya ia tidak disalah gunakan pihak tertentu. "Sebagai contohnya bagi perkhidmatan spa, kita dapat maklumat sebahagian daripada mereka tidak bekerja di spa tetapi bekerja di tepi-tepi jalan sebagai tukang urut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin (JKK-PATI) di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, pekerja asing tersebut didapati telah melanggar syarat kelulusan kemasukan di negara ini dan tindakan akan diambil ke atas mereka.
Beliau berkata, kerajaan juga mahu sektor yang menggambarkan ciri Malaysia seperti pelancongan mematuhi keputusan yang dibuat sebelum ini iaitu hanya mengambil pekerja tempatan bagi perkhidmatan barisan hadapan.
"Bagaimanapun, kita lihat sebahagian hotel menggunakan pekerja asing untuk perkhidmatan barisan hadapan. "Kita patut berikan kepada orang tempatan supaya mereka dapat menunjukkan adat resam kita sebagai daya tarikan, kalau pekerja asing ada yang tidak faham bahasa kita," katanya.
Timbalan Perdana Menteri juga mahu KDN membuat kajian tentang kos sebenar yang perlu dikeluarkan oleh majikan dan kerajaan bagi pengambilan pekerja asing. Katanya, kos tersebut antaranya membabitkan pembayaran levi, rawatan di hospital kerajaan dan minyak bersubsidi dibeli oleh pendatang asing.
"Buat satu anggaran apakah kos sebenar dan kos yang patut ditanggung majikan bagi mengambil pekerja asing berbanding jika ambil pekerja tempatan," jelasnya.
Read more...Ramai tanya elaun itu,elaun ni.. bila lambat ramai yang merengut. adakah masuk rela hanya untuk keistimewaan yang ditawarkan atau untuk berbakti pada negara? apa guna slogan SETIA BERBAKTI? saya baru berkhidmat dalam pasukan ini pada tahun 2007 (umur 16tahun) tapi apa yang saya nampak ialah masyarakat masuk pasukan ini hanya untuk keistimewaan yang ditawarkan,bukan untuk berbakti.kenapa kerajaan mahu kekuatan anggota rela mencecah 2.5juta orang? kita mahukan kualiti,bukan kuantiti. kebanyakan anggota aktif,tapi bla dapat uniform terus hilang.saya harap kita dapat bincangkan isu ini.
Sumber : Anggota RELA dari Facebook
Perhatian kepada semua anggota platun 0464, mesyuarat bulanan platun akan diadakan pada 6 Februari ini di bilik gerakan. Mesyuarat dijangka bermula pada jam 9.00 malam. Kehadiran anda amatlah diharapkan. Agenda utama ialah sesi perkenalan bersama anggota baru dan lain-lain agenda.
Read more...Back to TOP