Laman Web Rasmi RELA Malaysia
Facebook Rasmi Platun 0464

Sunday, August 23, 2015

Rela, JPAM Akan Digabung Bawah Unit Pengurusan Bencana Negara

PASIR MAS - Kerajaan akan menubuhkan sebuah formasi baharu yang akan menggabungkan dua agensi kesukarelawanan bagi menangani bencana di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata sehubungan itu perkara penubuhan sebuah unit khusus yang dikenali sebagai Unit Pengurusan Bencana Negara akan dibentang pada mesyuarat kabinet pada Rabu ini yang akan menggabungkan kepakaran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

"Bagaimanapun unit ini tidak akan mengambil alih peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN), cuma ia membantu di peringkat lapisan keempat terutama di kawasan kampung.

"Kita akan menubuhkan beberapa unit kecil Jpam di kawasan-kawasan kampung di seluruh negara dan mensasarkan kira-kira dua juta keanggotaan berbanding 800,000 keanggotaan pada masa kini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shahidan berkata kerajaan kini giat untuk menambah pelbagai aset yang bersesuaian untuk menangani bencana terutama berkaitan banjir.

"Melalui penubuhan unit-unit kecil Jpam ini, kita akan bekalkan setiap kampung dengan bot-bot serta gergaji rantai bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk terutama ketika banjir dan unit ini akan bertindak sebagai barisan hadapan apabila berlaku bencana di kawasan mereka," katanya. - Bernama

Read more...
Kembali ke atas

Sila lihat ARKIB BLOG untuk senarai artikel yang telah disiarkan.
2009 © Hak Cipta RELA Platun 0464

RELA 0464 tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman ini. Anda adalah dilarang mengambil, meniru, mencetak atau apa-apa yang seumpanya dari laman ini tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Blogmaster.

  © 2009 HAK CIPTA RELA 0464

Back to TOP